Unduk Ngadau 2019

Unduk Ngadau 2019, pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah ke-59 telah diadakan di Hongkod Koisaan, KDCA di Penampang, Sabah pada hari kemuncak Tadau Kaamatan, 31 Mei 2019. Pada 29 Mei 2019, Sodop Unduk Ngadau menyaksikan 64 peserta yang berasal dari daerah sekitar Sabah serta Malaysia berkumpul untuk memperingati Huminodun. Bagaimanapun, hanya tiga dinobatkan sebagai 3 pemenang terbaik semasa perlawanan akhir Unduk Ngadau pada 31 Mei 2019. Tema Pesta Kaamatan pada tahun 2019 ialah melambangkan kemaafan dan memulihkan keharmonian kembali kepada manusia dan alam, dan Unduk Ngadau mencerminkan hubungan ini dalam semangat dan pengorbanan Huminodun.[1]

Unduk Ngadau 2019

Tarikh Mei 29, 2019 (2019-05-29)
Tema TBA(Bahasa Melayu)
Kemasukan 64 Peserta
Mewakili Karambunai(Kota Kinabalu)
Tempat Hongkod Koisaan KDCA, Penampang, Sabah
Pemenang Fransisca Ester Nain
Karambunai(Kota Kinabalu)